Penggunaan internet yang semakin popular telah membolehkan kita memperoleh sesuatu maklumat
dengan cepat dan mudah. Menyedari akan pentingnya internet serta
sebagai satu persediaan untuk menghadapi proses globalisasi yang
memperlihatkan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat,
maka sekolah ini telah menubuhkan laman webnya yang tersendiri sejak
tahun 1998 lagi. Antara matlamat utama adalah untuk mengembangkan
proses pengajarannya sehingga dapat menembusi pendidikan global
di samping meningkatkan tahap pengurusan serta pentadbiran dalam
bidang pengajaran.
Selain daripada itu,
penubuhan laman web SMCH juga adalah sebagai satu alat sokongan
terhadap proses pendidikan, iaitu dengan berpandukan jaringan maklumat
yang terdapat dalam internet untuk meningkatkan kualiti kerja serta
melakukan pembaharuan terhadap proses pengajaran.
Penubuhan laman web bukan
saja memberi ruang kepada pihak sekolah untuk berinteraksi dengan
piak-pihak luar, ia juga membolehkan pihak sekolah menyampaikan
maklumat tentang proses pengajaran pelajar-pelajarnya kepada ibu
bapa dengan segera agar pihak ibu bapa dapat mengikuti perkembangan
anak-anak mereka di sekolah.
Pada masa ini, laman
web SMCH mempunyai tiga versi, iaitu versi Bahasa Melayu, Bahasa
Cina dan Bahasa Inggeris. Antara bahan-bahan yang dipaparkan dalam
laman web ini adalah seperti rancangan pengajaran setahun guru-guru,
perkembangan proses pengajaran, bahan-bahan pengajaran, maklumat
asas tentang para pelajar, keputusan para pelajar, struktur pentadbiran
sekolah dan aktiviti-aktiviti sekolah.
Akhir sekali
pihak sekolah mengalu-alukan pihak yang prihatin terhadap pendidikan
agar memberi pendapat dan tunjuk ajar supaya laman web SMCH dapat
berfungsi dengan lebih berkesan lagi.
|