| 
Guru
Kepada Pelajar
Para pelajar menghadiri
perhimpunan sekolah pada setiap hari Isnin di dewan sekolah. Pada
waktu perhimpunan tersebut para pelajar dimaklumkan tentang aktiviti
yang dijalankan sepanjang minggu tersebut. Maklumat penting juga
akan dimaklumkan kepada para pelajar melalui surat pekeliling. Di
samping itu, notis atau pemberitahuan penting juga dilekatkan pada
papan kenyataan sekolah.
Guru
Kepada Ibu Bapa
Semua kertas ujian dan
peperiksaan yang telah disemak akan dipulangkan kepada para pelajar.
Markah yang diperoleh oleh pelajar akan dimasukkan dalam laman web
sekolah yang boleh dilihat oleh ibu bapa dengan menggunakan pin
sulit untuk membuka laman web tersebut. Laporan pencapaian pelajar
akan disampaikan kepada ibu bapa selepas Peperiksaan Pertengahan
Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun selesai dijalankan. Guru akan
menghubungi ibu bapa melalui telefon untuk membuat temu janji bagi
sesi perbincangan jika perlu.
|