Guru-guru harus menghormati hak dan keperibadian kanak-kanak sebagai individu yang berdikari.
Guru-guru harus menggabungkan aspekaspek masa dan alam kemanusiaan bersama dengan matapelajaran yang bersesuaian untuk membolehkan kanak-kanak mengalami kepentingan hidup secara individu dan berkumpulan.
Guru-guru harus menggalakkan kanak-kanak supaya menggunakan kegemaran mereka untuk mengembangkan kebolehan mereka.

Matlamat Keseluruhan - melahirkan kanak-kanak yang dapat memenuhi keperluan masyarakat kini  dan masa depan 

Kami berpendapat bahawa :

-pendidikan tadika adalah asas utama kepada pendidikan masa depan.
-tadika bertanggungjawab untuk memupuk minat terhadap pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak.
-pendidikan tadika harus mengutamakan soal memupuk minat kanak-kanak dan bukannya melahirkan kanak-kanak yang dianggap ‘bakat’ atau ‘luar biasa’.
-lepasan tadika harus mempunyai sikap yang positif terhadap kehidupan, minat terhadap aspek-aspek kemasyarakatan dan alam sekitar serta memiliki kemahiran asas dan cara hidup yang baik.

Matlamat Pendidikan Tadika SMCH secara kolektif

1.Semangat Kerjasama
- membolehkan kanak-kanak menyedari kepentingan hidup berkumpulan dan peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi bersama.

2.Kemahiran Hidup
- mewujudkan cara hidup yang positif dan membina keyakinan serta rasa tanggungjawab.

3.Pergerakan Fizikal
- bergerak secara agresif untuk membina badan yang sihat dan otak yang cerdas untuk melindungi diri-sendiri.

4.Mencari Ilmu
-mendekati kanak-kanak dengan alam sekitar dan masyarakat supaya mereka memahami hubungan manusia dengan alam sekitar dan memupuk minat untuk menerokai serta mencari ilmu.

5.Menghayati Keindahan Seni
-mendekati kanak-kanak dengan pelbagai budaya supaya mereka dapat merasai dan menghayati keindahan yang terkandung di dalamnya.

6.Daya Kreativiti
-menggalakkan kanak-kanak menggunakan pelbagai bahasa dan cara untuk menunjukkan kebolehan yang terdapat pada dirinya.

 

copyright reserved @ CHMS 2006