
 





|

Bahagian
Menengah Bawah
Bagi kelas bukan
peperiksaan awam, para pelajar dikehendaki menduduki dua peperiksaan
iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun
di samping empat ujian bulanan.
Bagi kelas peperiksaan
awam (PMB & GCE Peringkat "O"), para pelajar akan
menduduki tiga ujian bulanan dan tiga peperiksaan iaitu Peperiksaan
Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan Pertama dan Peperiksaan
Percubaan Kedua. Para pelajar diberi soalan peperiksaan mengikut
format Peperiksaan PMB yang sepenuhnya.
Mata pelajaran
yang ditawarkan bagi menengah bawah ialah bahasa Melayu termasuk
Jawi, bahasa Inggeris, bahasa Cina, Matematik, Perdagangan, Pendidikan
Jasmani, Geografi, Muzik, Sejarah, MIB dan SeniLukis.
Menengah
Atas
Bahagian menengah
atas dibahagikan kepada dua aliran iaitu aliran sastera dan aliran
sains. Mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar aliran
sains ialah bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Geografi,
Prinsip Akaun, Perdagangan, Sains Paduan, Seni Lukis dan bahasa
Mandarin. Para pelajar dikehendaki mengambil semua mata pelajaran
yang ditawarkan. Bagi mata pelajaran Geografi dan Seni Lukis, para
pelajar dibenarkan memilih salah satu daripada mata pelajaran tersebut
dalam Peperiksaan GCE Peringkat "O". Para pelajar tingkatan
empat juga dikehendaki mengambil pelajaran Muzik, Pendidikan Jasmani
dan MIB.
Mata pelajaran
yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar aliran sains ialah bahasa
Melayu, MIB, bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik, Kimia,
Biologi, Fizik dan bahasa Mandarin. Manakala mata pelajaran Geografi
dan Prinsip Akaun adalah mata pelajaran pilihan dan tidak diwajibkan.
|