Tadika Sekolah Menengah Chung Hwa, BSB. telah ditubuhkan pada tahun 1963, terletak di pusat Bandar Seri Begawan. Selaras dengan perkembangan pendidikan dan pendaftaran kanak-kanak tadika yang kian meningkat, Lembaga Pengarah SMCH telah mendirikan banguanan bahagian tadika pada tahun 1982. Kanak-kanak yang berdaftar dibahagikan kelas mengikut umur yang bersesuaian dengan pengajaran.

 

Bahagian Tadika SMCH menyediakan kemudahan yang lengkap seperti Bilik Aktiviti, Bilik Permainan, Perpustakaan, Bilik Komputer dan Bilik Eksperimen. Persekitaran yang bersih, alat permainan yang menarik, lantai yang beralaskan getah serta dinding yang bergambar alam kanakkanak telah melahirkan suasana pembelajaran yang mempersonakan.

Sistem pengajaran tadika adalah bersesuaian dengan sistem pendidikan negara. Pengajaran trilingual (B.Melayu, B.Inggeris, B.Cina) telah diamalkan. Kandungan pengajaran adalah terdiri daripada kesihatan, bahasa, sosial, sains dan kesenian. Aktiviti-aktiviti dijalankan demi mencungkil bakat kanak-kanak dalam kreativiti di samping mengikut pembelajaran dalam keadaan harmoni.

 

copyright reserved @ CHMS 2006