Sekolah menengah terdiri daripada menengah rendah dan atas. Bagi pelajar-pelajar menengah rendah, mereka akan menduduki peperiksaan awam Penilaian Menengah Bawah (PMB) pada akhir tahun semasa mereka belajar di menengah tiga. Para pelajar menengah atas pula akan menduduki peperiksaan GCE Peringkat "O" semasa belajar di menengah lima.

Menengah Rendah

Menengah rendah terdiri daripada menengah 1, 2 dan 3. Kenaikan kelas adalah berdasarkan markah purata yang diperolehi iaitu 50%. Para pelajar akan menduduki peperiksaan PMB ketika belajar di menengah tiga. Para pelajar dikehendaki lulus dalam peperiksaan PMB untuk melayakkan meraka dinaikkan ke menengah empat. Keputusan peperiksaan PMB akan menentukan aliran yang akan diambil oleh pelajar-pelajar semasa belajar di menengah atas.

Menengah Atas

Menengah atas terdiri daripada menengah empat dan lima. Para pelajar dibahagikan kepada aliran Sastera dan Sains. Para pelajar akan menduduki peperiksaan GCE Peringkat "O" semasa di menengah lima.

 

copyright reserved @ CHMS 2003